Skip to main content

Idham Kholid

Senior Surveyor

1. Berapa lama anda telah berkhidmat di SPYTL?
Saya telah berkhidmat di SPYTL selama 27 Tahun

2. Apakah jawatan terkini dan boleh kongsikan sedikit tentang kerja anda?
Senior Surveyor, membuat kerja-kerja ukur di lapangan.

3. Sewaktu anda mula bekerja di SPYTL, apakah jawatan pertama anda?
Jawatan pertama saya di SPYTL adalah sebagai seorang Survey Assistant.

4. Boleh anda kongsikan sedikit tips yang membolehkan anda berjaya di dalam karier anda?
Bekerja keras tanpa mengira waktu dan tempat. Sentiasa menolong rakan sekerja untuk menyelesaikan tugas yang diberi secara pantas.

5. Siapakah mentor yang telah banyak membantu kejayaan anda sepanjang tempoh perkhidmatan di syarikat ini?
Head Of Department (HOD) saya En. Tan Kooi Chiew. Beliau telah banyak memberi tunjuk ajar dan motivasi berkaitan kerja dan kehidupan.

6. Apakah cabaran paling utama anda sepanjang berkidmat di SPYTL?
Berjauhan dari keluarga tersayang bagi menyelesaikan tugas dan tanggungjawab yang diberi.

7. Bagi pendapat anda, apakah 3 perkataan pilihan anda untuk menggambarkan syarikat ini? 
Keluarga, Bersatu, Keteguhan.